Daerah Alor Gajah merupakan salah satu daerah di Melaka, Malaysia, 24 kilometer dari Bandaraya Melaka dan juga merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Ibu daerah Alor Gajah berpusat di Bandar Alor Gajah. Daerah Alor Gajah yang mengandungi tiga buah bandar dan 16 buah pekan-pekan kecil. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 66,302 hektar dan mempunyai 31 mukim.
Antara mukim di Daerah Alor Gajah adalah mukim Ayer Paabas, Belimbing, Beringin, Brisu, Durian Tunggal, Gadek, Kelemak, Kemuning, Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Lendu, Machap, Masjid Tanah, Melaka Pindah, Melekek, Padang Sebang, Parit Melana, Pegoh, Pulau Sebang, Ramuan Cina Besar, Ramuan Cina Kecil, Rembia, Sungai Baru Ilir, Sungai Baru Ulu, Sungai Baru Tengah, Sungai Buloh, Sungai Petai, Sungai Siput, Taboh Naning, Tanjong Rimau, Tebong dan Alor Gajah.